Mingguan Amanz – Realme X2 Pro, Asus ROG Phone 2 Malaysia, Google Pixel 4

Minggu ini menyaksikan pelancaran sejumlah peranti baru untuk pasaran tempatan, termasuk Oppo Reno2, Asus ROG Phone 2, dan juga Vivo Nex 3 dengan sokongan rangkaian 5G.

Selain itu, pada peringkat global, dua telefon pintar yang dinantikan ramai telah dilancarkan – iaitu Google Pixel 4 daripada pihak Google. Realme turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan telefon pintar mercu mereka iaitu Realme X2 Pro.

Bersama pengenalan Pixel 4, pihak Google turut memperkenalkan PixelBook Go – iaitu sebuah komputer riba berasaskan kepada Chrome OS. Xiaomi membuat kejutan pada minggu ini dengan memperkenalkan dua monitor baru ditujukan kepada para peminat permainan video.

Di Malaysia juga, Garmin telah melancarkan VivoActive 4 yang memfokuskan kepada mereka yang meminati gaya hidup aktif. Sebuah perkhidmatan perkongsian kenderaan baru turut telah dilancarkan di Malaysia, iaitu Ryde.

Akhir sekali, Yahoo telah mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran Yahoo Groups pada bulan Disember kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.