Minggu ini menyaksikan Oppo memperkenalkan Oppo Reno3 untuk pasaran tempatan, bersama-sama Oppo Reno3 Pro. Kedua-duanya boleh didapati pada harga bermula RM1699. Selain Oppo, pihak Xiaomi kini telah memperkenalkan Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro dan Mi Note 10 Lite untuk pasaran tempatan.

Huawei turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan komputer riba terbaru Huawei MateBook X Pro pada harga RM7999. Selain itu, Huawei turut telah memperkenalkan dua tablet terbaru, selain turut mengacah kehadiran Honor 9X Lite. Tidak ketinggalan adalah Dell, Asus dan Acer yang telah memperkenalkan siri komputer baru untuk pasaran tempatan.

Qualcomm pada minggu ini telah memperkenalkan cip pemprosesan Snapdragon 768G, memfokuskan peranti berspesifikasi pertengahan, dan permua.

Akhir sekali, kini Facebook telah memperkenalkan Messenger Rooms yang menawarkan sokongan panggilan video kepada sehingga 50 orang pada sesuatu masa.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.