Minggu ini menyaksikan beberapa peranti baru diperkenalkan pada peringkat global, selain pengumuman kehadira Xperia 10 II untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Selain itu, Realme turut telah mengacah kehadiran Realme X3 Superzoom untuk pasaran tempatan.

Selain daripada itu, Huawei pada minggu ini telah memperkenalkan Huawei Sound X, iaitu speaker dengan sokongan audio yang baik pada harga RM1299 di Malaysia. Selain itu, Sony juga telah memperkenalkan fon telinga nirwayar mereka, iaitu Sony WH-C710N pada harga RM699.

Xiaomi kini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan MIUI 12 untuk sejumlah telefon pintar dalam bulan-bulan akan datang.

Facebook pula, kini turut telah menawarkan sokongan panggilan video berkumpulan dinamakan Messenger Rooms kepada umum, membolehkan panggilan video seramai sehingga 50 orang.

Dan akhir sekali, kini kerajaan mengumumkan akan mengedarkan sebanyak 2 juta dekoder MyFreeView untuk siaran tv digital sehingga 31 Mei 2020 kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.