Mingguan Amanz – Surface Pro 6, LG V40 ThinQ, Nokia 7.1

Minggu ini menyaksikan Microsoft memperkenalkan sejumlah produk baru, termasuk Surface Pro 6, Surface Laptop 2, dan juga Surface Studio 2. Baut pertama kali, keluarga Surface turut diperluaskan dengan turut menyertakan sebuah fon kepala baru.

Selain Microsoft, LG turut telah mengambil pentas utama dan memperkenalkan telefon pintar dengan lima kamera, iaitu LG V40 ThinQ. Bersama-sama dengannya, LG turut telah melancarkan sebuah jam tangan pintar hibrid yang turut menyertakan sokongan mekanikal.

Nokia turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Nokia 7.1 yang hadir dengan panel PureDisplay, selain penawaran fon telinga nirwayar mereka tersendiri. Samsung di Malaysia turut telah melancarkan dua telefon pintar baru, iaitu Galaxy J4+ dan juga Galaxy J6+. Selain daripada itu, Samsung turut menawarkan rebat sebanyak RM400 untuk pembelian Galaxy Note 9.

Dalam arena aplikasi, Twitter kini menyertakan sokongan penjimatan data, sementara Instagram memperkenalkan sokongan Nametag bagi memudahkan pengguna mengimbas dan menambah rakan mereka. Tidak ketinggalan adalah Spotify yang kini memudahkan lagi penerbitan podcast pada platform mereka.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.