Misi Kapal Angkasa JUNO ke Planet Musytari

<!--Misi Kapal Angkasa JUNO ke Planet Musytari – MajalahSains

Oleh: Ahmad Amryl Malek
Tanggal 4 Julai 2016, kapal angkasa Juno telah berjaya memasuki orbit planet Musytari (Jupiter) setelah hampir 5 tahun berlepas pada 5 Ogos 2011. Juno akan mengorbit planet Musytari sehingga 20 Februari 2018 sambil mengambil data antara lainnya, berkaitan komposisi atmosfera, medan magnet dan juga medan graviti.
Kapal angkasa Juno menggunakan tenaga solar sebagai punca tenaga bagi sistem elektroniknya melalui penggunaan sel-sel solar dengan jumlah keluasannya sebanyak 25 meter persegi. Ianya merupakan satu-satunya objek yang paling jauh dari Bumi dengan menggunakan tenaga solar.
Planet Musytari merupakan planet terbesar di dalam sistem suria dan memiliki 2.5 kali ganda jisim keseluruhan planet-planet yang lain di dalam sistem suria ini. Ianya memberikan kesan graviti yang tinggi kepada objek-objek lain disekitarnya seperti gas, asteroid dan juga komet.
juno spaceOleh kerana planet Musytari terdiri daripada 99% gas hidrogen dan helium, iaitu hampir sama dengan komposisi Matahari, maka adalah dijangka bahawa planet Musytari terbentuk pada peringkat awal pembentukan sistem suria bersama dengan pembentukan Matahari dan sebelum berlakunya pelakuran nuklear di dalam teras Matahari.
Terdapat pelbagai hipotesis berkenaan bagaimana planet Musytari terbentuk, samada ianya terbentuk lebih jauh dari orbitnya sekarang atau ia terbentuk lebih dekat dari orbitnya sekarang.
Dengan mengkaji komposisi planet Musytari, kita mungkin akan mengetahui dengan lebih jelas juga dapat merungkai misteri pembentukan awal sistem suria, dan dengan mengetahui pembentukan awal sistem suria kita juga dapat menjelaskan bagaimana planet Bumi itu terbentuk.
SUMBERNASA

Previous articleRangkaian Bioteknologi dan Biodiversiti dalam Kehidupan Sejagat Manusia
Next articlePenghasilan Produk Plastik dari Proses Pengacuan Suntikan Plastik

Terkini

TV Majalah Sains


Write a Comment

view all comments

*