Nothing ialah syarikat yang ditubuhkan oleh Carl Pei yang juga merupakan pengasas kepada OnePlus. Walaupun baru berusia setahun jagung dan tanpa produk, Nothing menjadi bualan ramai sehingga mampu menarik pelaburan dari Google. Kini prototaip produk pertama mereka akhirnya dikongsi kepada umum selepas beberapa hari diacah.

Concept 1 ialah fon telinga nirwayar TWS dengan rekaan retro-futuristik. Tubuhnya lutcahaya yang mengambil inspirasi dari paip tembakau. Dapat dilihat pemandu audio dan juga penjenamaan Nothing pada bahagian sisi. Dengan konsep telah diperlihatkan, pelancaran produk pertama mereka pada musim panas ini semakin hampir.

Namun begitu dalam sebuah temuramah dengan The Verge, wakil Nothing mengatakan Concept 1 adalah sekadar konsep dan bukanlah rekaan akhir untuk produk yang akan dilancarkan kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.