Aplikasi MiTalk telah dihentikan perkhidmatannya di China pada 19 Februari lalu kerana kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan aplikasi pemesejan yang lain. Tetapi minggu ini MiTalk telah dilancarkan semula dengan ciri yang amat mirip dengan Clubhouse.

Untuk menggunakan MiTalk baharu ini pengguna perlu menerima jemputan terlebih dahulu. Seperti Clubhouse terdapat bilik dimana pengguna boleh berbincang dengan menggunakan audio. Untuk bercakap, pengguna boleh mengangkat tangan untuk diberikan kebenaran bersuara oleh moderator bilik.

Walaupun dilancarkan semula, pengguna tidak boleh menggunakan log masuk akaun MiTalk yang lama. Pada waktu ini MiTalk seakan Clubhouse ini masih lagi di peringkat Beta. Kelebihannya ialah ia ditawarkan pada peranti Android dan iOS. Kekurangannya pula ialah sekadar klon Clubhouse yang baru sahaja diharamkan di China.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.