TechSemut Malaysia

Model ke-3 Mate 10, tak puas mata memandang

Model ke-3 Mate 10, tak puas mata memandang

November 30
15:23 2017
Share Button

Selepas Huawei Mate 10 dan kemudian datang pula Mate 10 Pro yang hebat, Malaysia menerima satu lagi fon iaitu edisi terhad PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 yang datang dengan RAM 6GB serta storan 256GB.

Ini kali kedua kerjasama untuk menghasilkan PORSCHE DESIGN dalam Huawei yang mana siri pertama pada Mate 9 dikeluarkan pada tahun lepas laku hingga habis dijual.

PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 membayangkan individu yang elit dan mewah dengan kemasan rekaan yang sangat unggul. Rekaan seramik pada keseluruhan PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 memang antik.

Rekaan yang menampakkan premium pada gelas unibodi ini mempunyai tema Porche pada antaramukanya. Selain itu, ikon eksklusif dalam fon ini termasuk wallpapers dan perkataan khas PORSCHE DESIGN itu sendiri dipateri cantik di bawah skrin.

Sama dengan Mate 10 Pro, ia mempunyai skrin 6-inci dan skrin 18:9 OLED FullView Display.

Pengimbas cap jari di belakang direka sepenuhnya bagi memungkinkan operasi menggunakan ciri tersebut lebih banyak membantu melancarkan penggunaan fon.

PORSCHE DESIGN HUAWEI mempunyai keupayaan IP67 yang kalis air dan debu.

Ia juga terus menggunakan Kirin 970 yang berkuasa tinggi. Sementara kamera pula datang dengan teknologi Leica Dual Camera lensa SUMMILUX-H, 12-megapiksel RGB + 20-megapiksel monokrom.

PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 juga mempunyai lensa dengan apertur terbesar di dunia, f/1.6 dan kesan bokeh AI di samping lengkap penstabil imej optikal (OIS).

Operasi telefon pada EMUI 8.0 dan ditambah Android 8.0.

Ia akan dijual pada harga RM6,999 dan berwarna hitam.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com