TechSemut Malaysia

Model Terkini Kenderaan Terbang Kitty Hawk Flyer Diperlihatkan Dengan Kemampuan Mendarat Di Atas Air

Model Terkini Kenderaan Terbang Kitty Hawk Flyer Diperlihatkan Dengan Kemampuan Mendarat Di Atas Air

Model Terkini Kenderaan Terbang Kitty Hawk Flyer Diperlihatkan Dengan Kemampuan Mendarat Di Atas Air
Jun 07
09:10 2018

Kitty Hawk ialah syarikat yang menerima pelaburan dari Larry Page yang juga merupakan pengasas Google. Syarikat ini cuba membangunkan kenderaan terbang peribadi untuk kegunaan awam. Tahun lalu prototaip Kitty Hawk Flyer diperlihatkan dan hari ini model dengan rekaan yang terkini telah diperlihatkan kepada umum.

Model terkini ini mengekalkan kemampuan membawa seorang penumpang dan mendarat di atas permukaan air. Sepuluh motor elektrik digunakan bagi menerbangkan Flyer berbanding hanya lapan pada model terdahulu. Menurut Kitty Hawk, model yang diuji ini mampu terbang selama 25 minit pada tahap kelajuan 32 km/j dan ketinggian maksimum 3 meter. Pemilik juga hanya memerlukan masa sejam untuk belajar menerbangkan pesawat ini.

Pra-tempahan untuk Flyer telah dibuka tetapi hanya untuk mereka yang dijemput oleh Kitty Hawk. Harga jualannya juga masih belum diumumkan. Selain kenderaan terbang peribadi, Kitty Hawk turut telah memperlihatkan prototaip teksi terbang Cora mereka Mac lalu.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com