Modem Buatan Sendiri Apple Dijangka Mula Digunakan Pada Tahun 2025

Dunia modem telefon pintar kini dipegang oleh Qualcomm. Modem keluaran mereka mampu memberikan kelajuan internet terpantas berbanding pesaing. Kerana kegagalan pengeluar lain, Apple bersetuju menyelesaikan kes saman mereka dan menandatangani perjanjian selama beberapa tahun dengan Qualcomm. Tetapi pada waktu yang sama mereka sedang cuba membangunkan modem buatan sendiri.

Menurut laporan The Information, proses pembangunan modem ini lebih sukar dari disangka. Apple hanya dijangka menggunakan modem keluaran sendiri pada tahun 2025. Ini adalah jauh dari sasaran awal 2021. Laporan yang sama turut mengatakan kegagalan Intel untuk menghasilkan modem yang memuaskan memaksa Apple untuk menyelesaikan kes saman dengan Qualcomm dan membayar royalti yang diminta sebanyak $4.7 bilion (~RM 19.6 bilion).

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.