Molekul Ferum Baru Sebagai Kunci Tenaga Suria Murah

Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca

Nota: [Berikut merupakan ringkasan jurnal oleh penyelidik Universiti Lund berjudul Luminescence and reactivity of a charge-transfer excited iron complex with nanosecond lifetime” yang diterbitkan dalam Science pada tahun 2018

Penyelidik Universiti Lund berjaya menghasilkan molekul Ferum baru ([Fe(phtmeimb)2]PF6) yang boleh berfungsi sebagai fotomangkin (photocatalyst) untuk menghasilkan bahan api dan juga sebagai komponen di dalam sel suria untuk penghasilan tenaga elektrik. Hasil kajian mereka menunjukkan molekul Ferum mampu menggantikan logam nadir bumi yang lebih mahal digunakan ketika ini.

Sintesis & Struktur [Fe(phtmeimb)2]PF6.

Prinsip kerja kebanyakkan fotomangkin dan sel suria melibatkan tindakbalas molekul mengandungi unsur logam, yang dikenali sebagai Logam Kompleks. Fungsi utama logam kompleks ini adalah menyerap sinar suria dan menggunakan tenaga dari sinar suria terserap. Unsur logam yang digunakan pada logam kompleks adalah seperti Ruthenium, osmium dan iridium. Unsur ini adalah logam nadir bumi, seterusnya menyebabkan masalah dari segi kos penghasilan.

Penyelidik bersama kajian iaitu Prof Dr Kenneth Wammark menjelaskan penggunaan kaedah Rekaan Molekul Termaju membolehkan logam Ferum menggantikan logam nadir bumi dalam penghasilan fotomangkin dan sel suria. Signifikan pemilihan logam Ferum kerana kuantiti yang banyak di dalam kerak bumi dan mudah diperolehi.

Para penyelidik kajian ini telah membangunkan molekul Ferum baru ([Fe(phtmeimb)2]PF6) dengan keupayaan menyerap dan menggunakan tenaga sinar suria untuk jangka masa cukup lama sehingga ia ([Fe(phtmeimb)2]PF6) mampu bertindakbalas dengan molekul lain. Molekul Ferum baru ini juga juga mempunyai kemampuan untuk bersinar cukup lama sehingga membolehkan penyelidik melihat cahaya dari botol sampel mengandungi molekul Ferum dengan mata kasar buat pertama kali pada suhu bilik.

Sinar cahaya [Fe(phtmeimb)2]

Penyelidik berpendapat peningkatan sifat molekul Ferum baru ([Fe(phtmeimb)2]PF6) adalah disebabkan oleh struktur molekul di sekeliling atom Ferum telah dioptimumkan melalui tindakbalas kimia seperti rajah dilampirkan. Kajian ini diharapkan akan menjadi pemangkin bagi penggunaan ([Fe(phtmeimb)2]PF6) sebagai fotomangkin generasi baru bagi tujuan penghasilan sel suria dan aplikasi fotokimia berkaitan molekul Ferum seperti diod pemancar cahaya organik (OLED).

Kredit Foto :
Nils Rosemann
Science

9total visits,5visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.