PC berkemampuan tinggi perlu dipadankan dengan monitor yang berprestasi tinggi. Tiada gunanya mempunyai kad grafik berkuasa sekiranya monitor yang digunakan gagal memaparkan output dengan sempurna. Monitor Acer Predator XB2 direka khas untuk tujuan ini dan ia akan memasuki pasaran tempatan pertengahan bulan ini.

Dua model Acer Predator XB2 di Malaysia dilengkapi skrin sebesar 27 dan 24.5 inci. Kedua-duanya menyokong resolusi maksimum 1080P ,kadar segar semula 240 Hz, masa tindak balas 1 ms dan sokongan Nvidia G-Sync. Terdapat satu input HDMI, Display Port 1.2, empat port USB 3.0, dan bicu audio 3,5 mm. Sepasang pembesar suara stereo 2 Watt disertakan. Harga jualan ialah RM 2,399 untuk model 24.5 inci dan RM 2,599 untuk model 27 inci.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.