TechSemut Malaysia

Monsta Bekerjasama dengan The Pokémon Company Tayang Pokémon Sun & Moon

Monsta Bekerjasama dengan The Pokémon Company Tayang Pokémon Sun & Moon

Monsta Bekerjasama dengan The Pokémon Company Tayang Pokémon Sun & Moon
Julai 27
09:45 2017

Animonsta Studios SDN. BHD. atau dikenali sebagai Monsta, syarikat studio animasi Malaysia yang terkenal dengan siri animasi BoBoiBoy Galaxy, dengan sukacitanya ingin mengumumkan kerjasama di antara anak syarikatnya iaitu Monsta Licensing bersama-sama dengan The Pokémon Company.

Demi mengembangkan lagi skop urusniaganya selain daripada menghasilkan IP (harta intelek) sahaja, Animonsta Studios kini ingin menjadi pengedar buat IP antarabangsa di dalam Malaysia dan kerjasama bersama The Pokémon Company ini merupakan langkah pertama buat mereka ke arah matlamat ini.

Ash Ketchum, watak dari siri TV Pokémon Sun & Moon

Melalu kerjasama ini, Monsta Licensing akan membawakan musim terbaharu Pokémon iaitu Pokémon Sun & Moon ke kaca televisyen tempatan. Siri ini mengisahkan penggembaraan watak utama siri Pokémon, Ash Ketchum, bersama temannya Pikachu merentasi wilayah Alola.

Selain itu, filem Pokémon terbaharu sempena ulang tahunnya yang ke-20 iaitu ‘I Choose You’ juga akan muncul di layar perak Malaysia pada akhir tahun ini. Filem tersebut membawa penonton kembali ke Pekan Pallet di mana kisah awal Ash sebagai pelatih Pokémon diceritakan semula dengan lebih mendalam, dan saat bermulanya pertemuan dan persahabatannya dengan Pikachu.

Fenomena Pokémon Go iaitu permainan genre augmented reality (AR) yang telah pantas meraih populariti di dalam negara juga merupakan petanda positif yang membuktikan bahawa Pokémon mempunyai peminat-peminat yang tegar di Malaysia. Justeru itu, TV dan filem Pokémon yang akan dibawa masuk ke Malaysia kelak diharap dapat membangkitkan lagi minat dikalangan fans yang baharu mahupun yang lama.

Bersempena dengan kerjasama ini, Monsta Licensing akan menganjurkan acara Meet & Greet di Alamanda, Putrajaya pada musim cuti sekolah 26 Ogos hingga 3 September 2017. Peminat boleh bertemu dan bergambar bersama-sama maskot Pikachu dan juga berpeluang membeli barangan-barangan rasmi Pokémon yang eksklusif.

sumber :

Monsta Bekerjasama dengan The Pokémon Company Tayang Pokémon Sun & Moon

About Author

hasnan

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com