5

Peminat untuk permainan temu janji secara kompetitif bernama Monster Prom kini boleh memerangi bakal “waifu” anda melalui platform Nintendo Switch dengan pelancaran permainan baharunya, Monster Prom: XXL.

Pelancaran semula untuk permainan yang berbaloi dibawah RM50 ini akan mengandungi permainan penuh beserta dengan DLC Second Term yang akan hadir pada 21hb Mei nanti.

Berbeza dengan versi PC, sokongan modifikasi mungkin tidak akan diberi atas tiada info dimaklum melalui deskripsi permainan ini.

Untuk sesiapa yang berminat, pra-tempah telahpun dibuka di eShop pada harga USD $15.99.

Fungsi permainan semestinya hampir sama dengan versi PC dimana kemampuan untuk menyokong sehingga 4 pemain secara multi-pemain melalui local.

Rakan kami dari Gamermatters beri markah 8.4/10 bagi permainan ini. Baca ulasannya untuk maklumat lanjut.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.