Moovit Menawarkan Waktu Ketibaan KTM Komuter, Bas Go KL, Smart Selangor Dan Banyak Lagi Dalam Bentuk Masa-Nyata

Bagi para pengguna pengangkutan awam, salah satu perkara yang sering menjadi masalah adalah untuk mengetahui masa atau waktu ketibaan sesuatu bas atau keretapi ke destinasi yang dituju. Beberapa perkhidmatan menawarkan kemudahan untuknya, dan kini salah satu penawaran menarik hadir daripada Moovit.

Moovit

Melalui Moovit, kini pengguna ditawarkan dengan waktu ketibaan dalam bentuk masa-nyata – untuk beberapa perkhidmatan bas awam dan juga perkhidmatan keretapi.

Antara perkhidmatan yang diliputi buat masa ini adalah PJ City Bus, Smart Selangor, KTM Komuter, dan juga GO KL City Bus.

Dengan penawaran data ini, ia sekaligus memudahkan pengguna mengetahui bilakah pengangkutan awam berkaitan akan tiba seterusnya – sekaligus memudahkan lagi anda merancang perjalanan anda. Memandangkan ia menawarkan data dalam bentuk masa-nyata, ia semestinya akan digemari ramai.

Bagi anda yang sering menggunakan pengangkutan awam, boleh menyemak Moovit hari ini.

Muat-Turun Moovit untuk Android

Muat-Turun Moovit untuk iOS

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.