PUTRAJAYA, 17 Disember – 386 produk teknologi dan perkhidmatan berjaya dikomersialkan melalui hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) dibiayai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Hasilnya, RM402 juta pendapatan berjaya dijana melepasi sasaran Belanjawan 2016.

Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin, jumlah itu melepasi sasaran yang telah ditetapkan iaitu untuk mengkomersialkan 360 produk dan teknologi hasil R&D menjelang tahun 2020.

Kerajaan memberi penekanan kepada pulangan pelaburan (ROI) atas perbelanjaan untuk R&D di samping menghasilkan lebih banyak R&D yang dipacu oleh permintaan.

Ia turut digunapakai oleh industri untuk melonjakkan Malaysia ke kedudukan 20 teratas dalam Indeks Inovasi Global (GII) menjelang 2030.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2020 secara maya di Facebook rasmi kementerian itu.

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.