MOSTI Sedang Bangunkan Aplikasi Pemetaan Kawasan Penularan Covid-19

Kerajaan hari ini telah mengumumkan mereka akan memperluaskan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020 kelak. Selari dengannya, sejumlah kemaskini lain turut diumumkan, termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut mengatakan mereka sedang membangunkan pemetaan kawasan penularan Covid-19.

Dengan langkah ini, ia akan membantu pihak berkuasa memantau dengan lebih rapi, selain memberikan amaran dan peringatan kepada orang ramai dalam menjauhi atau berjaga-jaga di sesuatu kawasan terlibat.

Disamping itu, pihak MOSTI turut mengatakan mereka sedang mempercepatkan proses penilaian kit ujian diagnostik Covid-19 yang dibangunkan syarikat tempatan. Langkah ini selari dengan sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ingin mencapai 16,000 ujian sehari bermula April 2020 ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*