Moto G merupakan salah satu siri telefon pintar popular daripada Motorola. Pelbagai model telah diperkenalkan di bawah siri berkenaan dan terkini, mereka dilihat mengemaskini dengan beberapa lagi model baharu lagi. Salah satu daripadanya adalah Moto G30.

Peranti ini telah diperkenalkan dengan janaan cip Snapdragon 662. Selain itu, ia juga membawakan paparan skrin bersaiz 6.5-inci Max Vision HD+ (1600 x 720 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz.

Seterusnya, ia turut dilengkapi memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh. Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel (f/2.2).

Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan percikan air IP52, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0, sistem operasi Android 11 dan sebagainya. Moto G30 dijual pada harga £159.99 (~RM896) untuk sebuah dan boleh didapati dalam pilihan warna Dark Pearl atau Pastel Sky.

Sebuah lagi model yang turut diperkenalkan adalah Moto G10. Boleh dikatakan, kedua-duanya berkongsi sejumlah perkara yang sama – terutama dari segi rekaan luaran peranti. Namun begitu, masih terdapat juga perbezaan ketara untuk sejumlah spesifikasi lain.

Moto G10 dilengkapi skrin 6.5-inci Max Vision IPS TFT LCD dengan resolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Paparan ini bagaimanapun tidak menyokong kadar segar semula 90Hz. Sebaliknya, hanya dilengkapi sokongan kadar segar semula standard. Seterusnya, ia menggunakan cip Snapdragon 460, memori 4GB RAM, ruang storan 64GB dan bateri berkapasiti 5000mAh.

Namun begitu, sedikit berbeza untuk model yang dijual di India – di mana ia dibekalkan bateri lebih besar iaitu 6000mAh. Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kemudian, kamera swafoto adalah sebesar 8-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0, pelindungan percikan air IP52 dan sebagainya. Moto G10 dijual pada harga £129.99 (~RM728) untuk sebuah dan boleh didapati dalam pilihan warna Aurora Grey atau Sakura Pearl.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.