Lenovo Mobile Malaysia hari ini telah mengumumkan telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Moto G5S Plus. Peranti ini akan ditawarkan bermula hari ini, pada harga RM999.

Moto G5S Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan HD penuh, dilengkapi dengan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Moto G5S PLus

Moto G5S Plus

Melengkapkan telefon pintar ini pada bahagian belakang adalah sokongan dwi-kamera 12-megapixel yang membolehkan rakaman gambar bokeh menggunakannya. Untuk rakaman kamera hadapan, ia menyertakan kamera 8-megapixel. Moto G5S Plus ini turut menyokong rakaman video pada resolusi 4K 30fps.

Ia turut hadir dengan Android 7.1 Nougat, tetapi Motorola telah sedia menjanjikan kemaskini Android 8.0 Oreo.

Di Malaysia, ia ditawarkan bermula hari ini pada harga RM999.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.