Moto G9 Play Diumumkan Dengan Cip Snapdragon 662 Dan Bateri 5,000 mAh

Motorola Moto G9 Play

Sebelum ini Motorola telah melancarkan smartphone Moto G9 untuk pasaran India. Ianya merupakan smartphone mampu milik dengan skrin IPS LCD 6.5 inci dan pemproses Snapdragon 662.

Kini model tersebut telah diperkenalkan untuk pasaran global dan dinamakan sebagai Motorola Moto G9 Play. Ianya masih lagi mengekalkan reka bentuk serta spesifikasi yang sama seperti Moto G9 yang diumumkan untuk pasaran India.

.mesra-posta2 { width: 336px; height: 280px; } @media(min-width: 500px) { .mesra-posta2 { width: 336px; height: 280px; } }

Motorola Moto G9 Play hadir dengan rekaan polikarbonat berukuran 165.2 1 x 75.73 x 9.18 mm serta mempunyai paparan IPS LCD 6.5 inci. Skrin yang dinamakan sebagai Max Vision ini menawarkan resolusi HD+ 720 x 1600 piksel dan nisbah 20:9.

Di bahagian dalam, peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 662 dengan 4 GB RAM serta storan dalaman 128 GB dan sokongan memori tambahan melalui slot kad microSD. Ia turut hadir dengan bateri 5000 mAh yang boleh bertahan sehingga 2 hari dengan sekali cas. Telefon ini juga menyokong teknologi pengecasan pantas 20W.

Motorola Moto G9 Play

Moto G9 Play menempatkan kamera selfie 8 Megapixel dengan aperture f/2.2 dibahagian hadapan. Manakala di bahagian belakang memiliki tiga lensa dengan kamera utama 48MP, 2MP kamera makro, dan 2MP pengesan kedalaman. Kamera belakang Moto G9 Play turut menawarkan fungsi seperti teknologi quad pixel, Night Vision, komposisi pintar, tangkapan senyum automatik, pengoptimuman gambar, hyper-lapse, zoom resolusi tinggi, dan integrasi Google Lens.

Fungsi lain yang terdapat pada Moto G9 Play termasuk pemgimbas cap jari di belakang, sokongan dual SIM untuk 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0, GPS, USB-C, NFC untuk pembayaran tanpa sentuhan, dan bicu audio 3.5mm.

Write a Comment

view all comments

*