Moto G9 Plus Dengan Skrin 6.8-inci FHD+, Snapdragon 730G, 5000mAh Bateri Diumumkan

Moto G9 Plus Malaysia

Motorola baru sahaja melancarkan telefon pintar pertengahan Moto G9 Plus untuk pasaran Brazil. Ia menampilkan paparan HDR10, empat kamera belakang, pengimbas cap jari di sisi dan banyak lagi.

Untuk skrinnya, Moto G9 Plus hadir dengan paparan FHD+ MaxVision HDR10 bersaiz 6.81 inci dengan lubang takuk di sudut kiri atas yang menempatkan kamera selfie 16 MP. Untuk kamera belakang, Moto G9 Plus hadir dengan gabungan 64MP kamera utama, 8MP kamera sudut lebar, 2MP kamera makro dan 2MP kamera portait.

Peranti ini juga dikuasakan oleh pemproses Octa-Core Qualcomm Snapdragon 730G yang turut hadir bersama RAM 4GB dan ruang storan 128GB. Memorinya juga dapat ditambah melalui microSD. Ia juga menawarkan bateri 5000mAh yang besar dengan pengecasan pantas TurboPower 30W.

Antara fungsi lain yang terdapat pada Moto G9 Plus termasuk sokongan Dual-SIM, pengimbas cap jari di sisi, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 ac, NFC, Bluetooth 5.0, GPS serta port USB Type-C. Peranti ini boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Rose Gold dan Indigo Blue serta dijual di Brazil pada harga 2,499 Brazilian Real atau bersamaan RM1999.

Write a Comment

view all comments

*