TechSemut Malaysia

Moto M – Tampil Dengan Paparan Yang Terang & Mempersona

Moto M – Tampil Dengan Paparan Yang Terang & Mempersona

Moto M – Tampil Dengan Paparan Yang Terang & Mempersona
Mei 26
09:27 2017

Saiz skrin 5.5″ kini boleh dianggap saiz standard yang digunakan pada peranti Android. Ia mengimbangi keperluan untuk menonton video dengan selesa dan kemudahan menggunakan peranti dengan hanya sebelah tangan. Hanya enam tahun yang lalu saiz skrin ini diperlekehkan kerana dikatakan tidak diperlukan oleh kebanyakan pengguna. Penggunaan peranti sebagai peranti memainkan media memaksa pengeluar untuk mendengar kemahuan pengguna.

Tetapi tidak kesemua skrin 5.5″ di pasaran mempunyai kemampuan yang setaraf. Seperti yang kami tulis di perenggan di atas, skrin peranti kini ialah pengganti kepada televisyen. Oleh itu kemampuan skrin peranti harus sekurang-kurangnya menandingi apa yang boleh ditemui di TV ruang tamu.

HD Penuh Menjimatkan Penggunaan Bateri

Moto M ialah antara peranti yang dilengkapi skrin 5.5″. Skrin IPS LCD yang digunakan menyokong resolusi 1080P. Harus diakui di tahun 2017, resolusi 1080P ini ialah yang paling minimum dikehendaki oleh pengguna. Dari jarak sekitar 6 inci, perbezaan ketajaman skrin 1080P dan QHD tidak mudah dibezakan oleh mata manusia. Tiada keperluan untuk resolusi lebih tinggi yang secara realitinya hanya menyebabkan bateri digunakan dengan lebih pantas.

Dari apa yang boleh kami lihat kualiti paparan pada Moto M ini adalah tajam, terang dan memaparkan warna yang hidup. Tiada masalah colour banding dan video yang dimainkan masih boleh ditonton dengan baik dari pelbagai sudut. Ini adalah amat penting kerana setiap pengguna mempunyai gaya tersendiri memegang peranti. Sekiranya sudut untuk memandang skrin adalah terhad, pengguna akan kurang selesa untuk menonton video untuk jangka masa yang panjang.

Baca: Ulasan Penuh Moto M

Sesuai Untuk Peranti Realiti Maya

Sejak kebelakangan ini peranti realiti maya dilihat semakin mendapat sambutan dari pengguna. Sekiranya ke pusat membeli belah, terdapat pelbagai peranti realiti maya generik yang dijual dengan fungsi seakan Google Cardboard. Ini membawa kita ke seperkara lagi yang menarik mengenai skrin Moto M.

Dengan skrin 5.5″, ia mudah dimasukkan ke dalam peranti realiti maya sedia ada. Ia tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Pengguna tidak perlu melakukan pelarasan yang banyak bagi mendapatkan paparan maya yang sempurna. Skrin 1080P pada Moto M yang kami sebutkan tadi memaparkan video 3D atau 360 darjah dengan baik. Dengan kepadatan pixel 401 PPI, masalah gambar kelihatan pecah pada jarak dekat di dalam peranti realiti maya tidak berlaku.

Pada sesetengah peranti yang pernah diuji di Makmal Amanz, paparan adalah kurang baik dengan sel-sel panel skrin boleh dilihat pada jarak sekat. Ini menyebabkan immersion gagal dirasai oleh pengguna peranti realiti maya. Berbeza dengan Moto M yang memberikan pengalaman yang bagus untuk realiti maya.

Paparan skrin yang baik di dalam kelasnya ini apabila dipadankan dengan sistem audio Dolby Atmos yang disokong Moto M, adalah kombinasi hebat untuk memberikan kenikmatan menonton video secara maksimum. Zaman perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan kepuasan menggunakan peranti telah berlalu. Moto M ialah antitesis kepada ungkapan “biar papa asal bergaya”. Kini pengguna boleh menggunakan ungkapan yang dikemaskini kekal kaya masih bergaya

Penafian: Advertorial dari Moto Malaysia.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com