TechSemut Malaysia

Moto X4 dilancar, fon kalis air ‘harga murah’ katanya

Moto X4 dilancar, fon kalis air ‘harga murah’ katanya

November 06
13:03 2017
Share Button

Motorola Malaysia melancarkan fon yang dikategorikan peranti pertengahan, Moto X4 di negara ini yang boleh dicelup dalam air tanpa air masalah.

Moto X4 berharga RM1,899 yang dikatakan mampu milik oleh Motorola Malaysia dilengkapkan paparan 5.2-inci IPS LCD 1920 x 1080 (424ppi) pada Corning Gorilla Glass 3.

Ia beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 630 octa core 2.2GHz bersama RAM 4GB selain setoran dalaman 32GB dan menggunakan Android 7.1 Nougat sebagai sistem operasinya.

Yang mengagumkan, keupayaan dwi kamera beroperasi pada 12MP+8MP yang mana kamera pertama datang dengan 1.4mikron piksel pada f2.0 yang turut mempunyai dwi autofokus dan mampu merakam video pada 1080p 60fps.

Kamera kedua 8MP pula mempunyai 1.12mikron piksel dengan f2.2 selain lensa sudut lebar 120 darjah. Apakah maknanya pada fotografi? Ia menghasilkan imej baik meskipun anda berada dalam ruang gelap serta kesan latar belakang lebih cantik.

Pada bateri 3000mAh yang mampu bertahan dua hari, ia memiliki cas pantas pada USB-C dengan pengimbas cap jari di depan.

Ia ditawarkan di Malaysia dengan warna hitam.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com