Berita Menarik

Moto X4 Diperkenalkan Dengan Spesifikasi Pertengahan Dan Sokongan Dwi-Kamera Di Belakang

Pembaca : 15
0 0

Setelah tertiris beberapa kali sebelum ini, hari ini akhirnya Lenovo Mobile telah memperkenalkan generasi ke-4 untuk siri Moto X, iaitu Moto X4. Moto X4 menawarkan spesifikasi pertengahan, tetapi dengan beberapa ciri-ciri premium.

Moto X4 membawakan binaan kerangka logam dan kerangka belakang berasaskan kaca Gorilla Glass. Moto X4 turut menawarkan sokongan kalis air dan debu IP68 – sesuai untuk digunakan pada pelbagai cuaca tanpa masalah.

Moto X4

Dari segi spesifikasi, Moto X4 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip Snapdragon 630, dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Untuk rakaman gambar, Lenovo menyertakan dwi-kamera pada bahagian belakang yang mengabungkan penggunaan sensor 12-megapixel dengan 8-megapixel lensa rakaman sudut luas. Untuk kamera hadapan pula, ia hadir dengan sensor 16-megapixel untuk rakaman selfie.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Lenovo Mobile Malaysia akan menawarkan Moto X4 ini untuk pasaran tempatan. Di Eropah, ia akan ditawarkan bermula bulan September ini pada harga €399 iaitu sekitar RM2026.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.