MotoGP 20, permainan video rasmi siri MotoGP kini mula tersedia.

Edisi 2020 dikeluarkan lebih awal dari tarikh pelancaran yang kebiasaannya pada bulan Jun, namun ianya masih membawakan kandungan yang banyak.

Ianya akan mempunyai mod Career serba baharu yang membolehkan pemain untuk membina pasukan sendiri, termasuk mencipta rekabentuk motorsikal, helmet, nombor, dan juga pelekat vinil. Pemain juga akan mengurus pasukan dan kewangan yang akan mempengaruhi prestasi motorsikal semasa perlumbaan.

Permainan ini juga akan membawakan musim salji dan juga ujian musim-pertengahan untuk menguji dan membina prestasi jentera perlumbaan, hampir serupa seperti MotoGP didalam dunia sebenar.

Menariknya, bukan semua kelas perlumbaan akan dibawa semasa pelancaran, berikutan dengan situasi pandemik di serata dunia, musim MotoGP sebenar telahpun ditunda serta merta sehingga tarikh selanjutnya. Maka beberapa kelas perlumbaan akan diberi kemudian sebagai kemaskini percuma.

Berikut adalah kandungan yang dijadualkan:

  • Mei (Permulaan): Musim MotoGP 2020
  • Mei (Penghujung): Musim Moto2 2020 , Musim Moto3 2020 , penambahan kelas Red Bull MotoGP Rookies Cup
  • Jun: Penambahan kelas MotoE

Dari segi teknologi fizik, dijangkakan beberapa penambahbaik akan hadir, seperti pengurusan bahan api, pengunaan tayar yang dipengaruhi secara tidak simetri, dan aerodinamik dari kerosakan motor yang memberi impak kepada prestasi dan juga rupa bentuk.

MotoGP 20 juga mempunyai mod historical, teknologi rangkaian neural AI, dan pelayan dedikasi untuk permainan multiplayer. Mengikut dari syarikat pembangun, Milestone, bersama syarikat pemasaran Dorna, mereka telah mengesahkan bahawa MotoGP eSport Championship edisi ke-4 akan hadir tahun ini.

MotoGP 20 kini tersedia di PS4, PC (Steam), Switch, Xbox One dan Stadia.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.