Motorola Defy (2021) Malaysia

Motorola baru sahaja memperkenalkan Motorola Defy (2021) yang merupakan peranti lasak hasil kerjasama terbaru bersama syarikat Bullitt Group. Telefon baru ini hadir dengan skrin HD+ 6.5 inci yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus setebal 0.7mm dan boleh digunakan dengan jari basah.

Peranti ini memiliki ciri-ciri kalis air (IP68) yang dapat tenggelam hingga kedalaman 1.5m selama 35 minit kerana mempunyai kerangka dwi-tertutup yang unik. Selain itu, ia tahan jatuh hingga 1.8m dan disahkan mengikut piawaian ketenteraan (MIL SPEC 810H). Ia juga mampu menghadapi suhu yang melampau dari +55° C hingga -25°C.

Di bahagian dalam, peranti ini menawarkan cip Octa-Core Qualcomm Snapdragon 662 dengan 4GB RAM serta 64GB memori dalaman yang boleh ditambah melalui slot microSD. Tiga lensa kamera terdapat di bahagian belakang dengan sensor utama 48MP, lensa makro 2MP serta lensa 2MP lensa potret. Kamera selfie pula dimuatkan dengan lensa 8MP.

Motorola Defy (2021) hadir dalam warna hijau dan hitam serta akan dijual pada harga 329€ (Sekitar RM1699). Ia akan tersedia untuk pasaran Eropah dan LATAM yang boleh dibeli pada beberapa minggu akan datang.

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.