Snapdragon 870 merupakan cip terkini daripada Qualcomm. Ianya dibina berasaskan kepada teknologi 7nm dan hadir dengan kelajuan sedikit lebih pantas berbanding cip Snapdragon 865+.

Motorola merupakan salah satu pengeluar yang dikatakan bakal hadir dengan peranti bersama janaan cip pemproses ini. Terkini, mereka dilihat telah mengesahkan model tersebut adalah Motorola Edge S. Perkara ini dikongsi oleh pihak Motorola sendiri menerusi satu entri di laman Weibo. Selain, turut berkongsi tarikh pelancaran peranti tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 26 Januari 2021.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi peranti yang diketahui. Namun mengikut spekulasi awal, peranti ini dipercayai hadir dengan Android 11, pilihan memori sehingga 12GB RAM, kamera swafoto 16-Megapixel + 8-Megapixel dan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 64-Megapixel.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.