Motorola One Vision Kini Dilancarkan – Skrin Berlubang 21:9, Cip Exynos Dan Android One

Trend skrin berlubang adalah trend bagi menggantikan skrin bertakuk. Ia dimulakan jenama Honor dan dipopularkan oleh Samsung. Terkini peranti Motorola terbaru telah pun dilancarkan, iaitu Motorola One Vision. Peranti ini turut menggunakan skrin berlubang, yang mana lubang tersebut adalah satu lensa kamera swafoto.

Motorola One Vision ini mempunyai skrin 6.3-inci dengan rekaan yang panjang, yang mana nisbah skrinnya adalah 21:9. Di mana paparannya adalah paparan sinematik ultra-lebar dengan resolusi FHD+ berasaskan LCD. Menjana peranti ini adalah cip Exynos, namun Motorola tidak memberitahu dengan jelas. Jika kita rujuk laporan yang tertiris sebelum ini, ia adalah Exynos 9609. Untuk memori ia mempunyai RAM 4GB dan storan dalaman 128GB.

Kamera swafoto adalah lensa 25MP, manakala kamera utama adalah gabungan lensa 48MP + 5MP. Kedua-dua kamera ini mempunyai sokongan Quad Pixel yang mana menggabungkan empat pixel kepada 1.6um pixel. Motorla turut memperkenalkan mod malam mereka tersendiri, iaitu Night Vision. Kapasiti bateri adalah 3500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Turbopower yang mampu memberi tenaga 7 jam penggunaan dalam masa 15 minit pengecasan sahaja.

Peranti ini menjalankan Android One berasaskan Android Pie. Untuk bahan binaan, panel belakang diperbuat daripada kaca 4D Corning Gorilla Glass yang menjadikan rekaan warna cerun biru/gangsa. Peranti akan dijual di Eropah pada harga €299, iaitu sekitar RM1398 sahaja.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.