Motorola Razr Mempunyai Mod Yang Mengembalikan Antaramuka Klasik

Motorola Razr bangkit seperti Phoenix dari abu hari ini dalam bentuk peranti skrin boleh lipat. Telefon pintar baharu ini menggunakan sistem operasi Android dengan skrin sesentuh sepenuhnya. Tetapi ia mempunyai easter egg yang mengembalikan antaramuka seperti Razr asal awal 2000an dahulu.

Dari video ciapan di atas, mod ini hadir dengan papan kekunci “fizikal” T9 lengkap dengan butang navigasi empat arah yang amat popular satu ketika dahulu dengan bahagian atas skrin memaparkan pelbagai fungsi telefon.

Motorola Razr dilengkapi dua skrin. Skrin 6.2″ pOLED boleh lipat dengan resolusi HD dan bernisbah 21:9. Skrin sekunder pada bahagian luar pula sebesar 2.7″ OLED bernisbah 4:3. Ini dipadankan pula dengan pemproses Snapdragon 710, memori sebesar 6GB dan storan sebesar 128GB.

Kamera utama adalah sebesar 16-Negapixel f/1.7 dengan pemfokusan laser manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel f/2.0. Saiz bateri pula adalah sebesar 2510 mAh dengan sokongan pengecasan 15W TurboPower.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.