Motosikal Berkuasa Hibrid Honda PCX Hybrid Dilancarkan Di Jepun

Kenderaan Hibird memasuki pasaran Malaysia beberapa tahun yang lalu dengan rebat diberikan pada harga bagi menggalakkan rakyat negara kita membeli kenderaan yang lebih lestari. Kelebihan kenderaan hibrid ialah masih boleh menggunakan bahan api fosil apabila kehabisan bateri. Harus diakui stesen pengecasan kenderaan elektrik di Malaysia masih lagi di tahap rendah.

Kereta hibrid sudah dijual secara meluas tetapi lain ceritanya apabila berbicara tentang motosikal hibrid. Walaupuan dibangunkan serentak dengan kereta hibrid, sambutan ke atas motosikal hibrid adalah agak dingin. Faktor utama yang diberikan ialah harga jualan yang agak tinggi membuatkannya kurang berbaloi.

Sungguhpun begitu Honda PCX Hybrid telah dilancarkan di Jepun dan menjadikannya motosikal hibrid pertama yang dijual secara besar-besaran di negara Matahari terbit ini. Dari segi rekaan ia kelihatan sama seperti sebuah Honda PCX berkuasa enjin konvensional. Ia hanya dilengkapi sebuah motor elektrik 1.4 kW yang mengurangkan penggunaan petrol, menambah kuasa serta kestabilan ketika menunggang. Motosikal ini tidak boleh ditunggang hanya menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Sebaliknya enjin petrol 125cc 1 silinder empat lejang yang digunakan sebagai sumber kuasa utama.

Di Jepun Honda PCX Hybrid dijual pada harga 432,000 Yen (~RM 15,794) sebuah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.