Akhir-akhir ini, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan perkhidmatan VPN – sekaligus menjanjikan pelayaran web yang lebih selamat dan terlindung daripada pemantauan beberapa pihak.

Terbaru, Mozilla turut hadir dengan penawaran mereka tersendiri, dinamakan Mozilla VPN. Buat masa ini, perkhidmatan ini masih pada peirngkat ujian awal, dan ditawarkan untuk pengguna di 6 buah negara – termasuk Malaysia.

Mozilla VPN ditawarkan untuk peranti Windows dan Android buat masa ini. Ia ditawarkan pada harga langganan $4.99 sebulan, dan membolehkan pengguna menghubungkan sehingga lima peranti menggunakannya.

Seperti biasa, Mozilla VPN menjanjikan perlindungan daripada pemantauan – dan amat berguna sekiranya anda banyak melayari internet menggunakan internet wifi awam.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Mozilla VPN hari ini di peranti Windows dan Android. Mozilla mengatakan ia bakal ditawarkan untuk peranti Apple tidak lama lagi.

Layari : Mozilla VPN

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.