TechSemut Malaysia

MSI GF63 Diperlihatkan – Laptop Gaming Dengan Spesifikasi Pertengahan Dan Paparan Berbingkai Nipis

MSI GF63 Diperlihatkan – Laptop Gaming Dengan Spesifikasi Pertengahan Dan Paparan Berbingkai Nipis

MSI GF63 Diperlihatkan – Laptop Gaming Dengan Spesifikasi Pertengahan Dan Paparan Berbingkai Nipis
Jun 11
14:50 2018

Paparan skrin dengan bingkai yang nipis nampaknya semakin popular kebelakangan ini. Akan tetapi, jenama-jenama pembuat komputer dan laptop ini biasanya menyimpan paparan-paparan tersebut untuk laptop berkuasa tinggi dan mahal.

Di acara Computex Taipei, MSI dilihat memperkenalkan sebuah laptop gaming baru yangmempunyai spesifikasi kelas pertengahan dan juga paparan dengan bingkai yang nipis melalui laptop MSI GF63.

Laptop MSI GF63 ini dikuasakan oleh CPU Intel siri Core i7 generasi kelapan Coffee Lake, sokongan untuk memori DDR4 sehingga 32GB dan juga storan cakera keras yang masih belum disahkan setakat ini.

Dalam pada itu, laptop ini juga dilihat akan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050Ti dan akan hadir dengan rekaan serba nipis pada ketebalan 21.7mm sahaja.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, laptop MSI GF63 ini hadir dengan paparan berbingkai nipis. Pada saiz 15.6 inci, pengguna boleh memilih untuk menggunakan paparan LCD biasa ataupun skrin IPS, dan kedua-duanya hadir dengan resolusi Full HD 1920×1080.

Dari segi I/O pula, MSI GF63 ini dilihat hadir dengan tiga bicu USB 3.1 Type-A, sebuah bicu HDMI dan dua bicu audio untuk fon kepala dan juga mikrofon.

Buat masa ini, pihak MSI masih belum mengumumkan bilakah laptop MSI GF63 ini akan hadir di pasaran antarabangsa, ataupun tanda harganya.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com