TechSemut Malaysia

MSI Memperkenalkan MSI GeForce GT 1030 – Kad Grafik Dengan Sistem Penyejukan Pasif

MSI Memperkenalkan MSI GeForce GT 1030 – Kad Grafik Dengan Sistem Penyejukan Pasif

MSI Memperkenalkan MSI GeForce GT 1030 – Kad Grafik Dengan Sistem Penyejukan Pasif
Mei 19
14:01 2017

Dari segi konsep, kad grafik NVIDIA GT 1030 menggunakan kuasa yang sangat sedikit, dan tidak memerlukan penyejuk berkipas untuk menyejukkan pemproses grafiknya. Terkini, nampaknya MSI baru sahaja mengumumkan kad grafik baru yang menggunakan teknologi penyejukan pasif – MSI GeForce GT 1030.

Ia hadir dengan kelajuan asas  yang di-overclock  1265MHz dengan kelajuan BoostClock 1518MHz, dan memori GDDR5 2GB. Sama seperti kad grafik GT 1030 yang lain, ia tidak menggunakan sebarang palam kuasa PCIe, dan hanya menggunakan kuasa sebanyak 30W.

Konsep yang diketengahkan oleh MSI dengan kad ini ialah penggunaan penyejuk pasif blok aluminum yang melitupi kesemua komponen di atas papan kad grafik tersebut.  Seperti kad-kad grafik NVIDIA GT 1030 yang lain, kad ini biasanya akan digunakan untuk menonton video dengan resolusi tinggi seperti 4K melalui HTPC di ruang tamu rumah.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com