MUI Menyangkal Laporan Akan Mengeluarkan Fatwa Mengharamkan Netflix Di Indonesia

Semalam beberapa media barat melaporkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) sedang bersedia untuk mengeluarkan fatwa mengharamkan Netflix di Indonesia kerana menayangkan kandungan yang berunsur negatif. Tetapi hari ini mereka mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi Kompas menyangkal laporan ini.,

Netflix StoriesKenyataan rasmi dikeluarkan selepas MUI menerima kritikan teruk oleh pengguna Indonesia dan juga luar negara. MUI turut mendedahkan pihak mereka masih belum pernah membahas isu berkenaan Netflix dan tidak merancang untuk membincangkannya pada waktu ini. Ketua Komisi Fatwa MUI, Hasanudin AF turut berkata beliau tidak tahu apakah Netflix.

Sungguhpun begitu beliau menegaskan syarikat kandungan digital di Indonesia dilarang menjual, mengedar atau menawarkan kandungan terlarang kerana ia melanggar undang-undang Indonesia. Sehingga kini masih terdapat beberapa syarikat penyedia perkhidmatan Internet Indonesia yang menghalang akses Netflix oleh pelanggan sejak 2016.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.