Asus Malaysia bakal melancarkan Zenfone 5 secara rasminya pada hari Khamis ini. Menariknya, kini laman jualan peranti berkenaan di Lazada tertiris ke arena web, sekaligus memperlihatkan yang mana ia mungkin berharga sekitar RM1299 di Malaysia.

Asus Zenfone 5

Asus Zenfone 5 hadir dengan rekaan premium, menggunakan skrin 6.2-inci dengan rekaan bertakuk, dilengkapi cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 12-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Pada harga RM1299 ini, ia boleh dikatakan peranti ini membawakan harga jualan yang agak kompetitif untuk bersaing dengan pelbagai peranti lain di pasaran.

Seperti biasa, kita akan mengetahui secara rasmi akan harga jualan ini pada acara pelancarannya hari Khamis ini, termasuk penawaran pelbagai varian berbeza untuk pasaran tempatan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.