Lenovo pada tahun ini dijangka bakal memperkenalkan telefon pintar memfokuskan permua tersendiri dibawah jenama Legion. Info penuh berkenaan dengan telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui lagi.

Menariknya, kini pengurus negara Lenovo Malaysia melalui sebuah acara media khas, mengatakan mereka bakal memperkenalkan Lenovo Gaming Phone pada 2020. Memandangkan komen ini hadir daripada pengurus negara Lenovo Malaysia, ia sekaligus memberikan petanda kita mungkin melihat telefon pintar memfokuskan permua ini di Malaysia pada tahun ini.

Buat masa ini, info berkenaan telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Ia akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, selain menawarkan rekaan yang dioptimasikan untuk permua, dan menyertakan sokongan kamera pop-naik pada bahagian tepi peranti. Ia juga dijangka menawarkan sokongan pengecasan yang serba pantas mendahului pelbagai peranti lain dipasaran.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan penawaran telefon pintar ini di Malaysia.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.