TechSemut Malaysia

Musical.ly & Tik Tok bergabung

Musical.ly & Tik Tok bergabung

Ogos 02
21:25 2018
Share Button

Dua aplikasi video pendek terhangat dunia, musical.ly dan TikTok, mengumumkan gabungan sebagai sebuah aplikasi global yang baru. 

Aplikasi yang dinaiktaraf, mengekalkan nama TikTok, disasarkan untuk mencipta pengalaman pengguna yang bersepadu selain pengenalan logo dan antara muka pengguna yang baru, serta menawarkan keupayaan pencipta video yang lebih meluas. 

Dengan menggabungkan ciri-ciri terbaik dari TikTok dan musical.ly, TikTok kini menjadi pilihan nombor satu dunia untuk tujuan penghasilan dan tontonan kandungan video pendek.

Aplikasi yang dinaik taraf tersebut akan menawarkan pengguna pengalaman tontonan yang lebih mudah, menarik dan diperibadikan. 

Akaun, kandungan dan pangkalan peminat pencipta sedia ada akan dipindahkan secara automatik ke aplikasi TikTok yang baru, di mana kesemua simpanan kandungan dan peminat akan dikekalkan, selain menikmati peluang untuk mendapat pendedahan global yang pelbagai dan lebih meluas berbanding sebelum ini.

TikTok menyatukan unsur-unsur popular dari kedua-dua aplikasi dengan paparan yang mengetengahkan komuniti pengguna, disamping penambahan paparan “Untuk Anda” (For You) yang menghimpunkan cadangan video yang diperibadikan berdasarkan corak tontonan pengguna. Aplikasi ini juga memperkenalkan ciri-ciri baru termasuk:

• Fungsi “reaksi” (reaction) yang membolehkan pengguna memberikan reaksi terhadap video rakan-rakan terus dari telefon;

• Ciri-ciri kreatif yang dipertingkatkan seperti penapis isyarat interaktif (interactive gesture filters) yang meliputi seluruh badan menyahkuncikan fungsi-fungsi seperti efek kamera cermin “karnival” (funhouse);

• Penapis reality maya (VR) yang boleh diaktifkan dengan hanya mengelipkan mata;

• Efek latar skrin hijau.

TikTok merupakan destinasi pilihan untuk video mudah alih pendek.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com