Kemaskini untuk musim ke-4 permainan Call of Duty: Modern Warfare dan Warzone bakal hadir pada jam 2 petang nanti. Kemaskini yang sepatutnya hadir pada minggu lepas ditangguh atas sebab protes yang sedang berlaku pada US.

Infinity Ward membuat kenyataan rasmi melalui akaun Twitter untuk kemaskini musim baharu ini.

Namun untuk pengetahuan, kemaskini untuk Call of Duty: Modern Warfare khususnya, bakal mengambil saiz muat turun yang besar, iaitu penambahan sebanyak 4GB untuk versi konsol. Sekaligus mengambil ruang sebanyak 200GB terhadap kapasati peranti anda.

Ashton Williams, Pengurus Komunikasi Kanan Infinity Ward juga berkata, mereka sedang bekerja keras untuk mengoptimasikan pengurangan saiz pada masa akan datang dan mengesyorkan pemain untuk membuang beberapa kandungan seperti pek modifikasi untuk menambah ruang konsol masing-masing.

Kemaskini ini akan didatangi secara berperingkat pada jam 2 petang hari ini.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.