Mustang Mach-E ialah SUV Elekrik Sepenuhnya Pertama Dari Ford

Selama 55 tahun, logo kuda berlari Mustang menjadi lambang kereta berkuasa petrol ikonik dari Ford. Kereta yang mempunyai reputasi sebagai kereta pilihan lelaki “berbahaya” kerana kemunculannya di dalam filem Bullit, Gone in 60 Seconds dan The Transformers. Tetapi hari ini Mustang akhirnya berevolusi dengan kehendak pasaran selepas dilancarkan sebagai kenderaan SUV elektrik sepenuhnya pertama dari Ford.

Ford Mustang Mach-E ialah kenderaan empat pintu elektrik yang dilengkapi pilihan motor elektrik dengan kuasa maksimum 459 kuasa kuda dan bateri yang memberikan jarak operasi sehingga 482 kilometer dengan sekali caj. Lima model akan ditawarkan iaitu First Edition, Select, Premium, California Route 1, dan GT. Perbezan di antara motor terletak pada kekuatan motor elektrik, kapasiti bateri dan panduan 2/4 tayar.

Rekaan lampu belakang dan hadapan terdiri dari tiga palang  yang mempunyai DNA Mustang. Bahagian kekisi hadapan pula ditutup kerana kereta elektrik tidak dilengkapi radiator penyejuk. Ruang enjin kini menjadi frunk untuk simpanan kargo tambahan.

Kemasan dalaman Mustang Mach-E adalah sedikit berbeza dengan yang dipopularkan oleh Tesla. Terdapat satu skrin gergasi pada bahagia tengah untuk sistem infohibur dan kawalan asas kenderaan. Masih terdapat tombol fizikal untuk mengawal sistem pendingin hawa dan tingkap. Pada masa yang sama sebuah skrin memanjang di belakang stereng disertakan untuk maklumat mengenai kelajuan dan tahap pengecasan bateri. Sistem audio dari Bang&Olufsen memastikan kualiti audio terbaik untuk mendengar muzik ketika memandu.

Sistem Ford Co-Pilot360 pula membantu pemandu dengan membrek kecemasan secara automatik, memastikan kenderaan kekal di lorong, parkir automatik dan kamera 360 darjah. Di Amerika Syarikat harga jualan Ford Mustag Mach-E bermula dari $43,895 (~RM182,000) untuk model Select dan meningkat ke $60,500 (~RM251,000) untuk model GT.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.