TechSemut Malaysia

MyEG Kini Membolehkan Pengguna Membuat Bayaran Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Android

MyEG Kini Membolehkan Pengguna Membuat Bayaran Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Android

MyEG Kini Membolehkan Pengguna Membuat Bayaran Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Android
Jun 17
16:50 2017

MyEG sedia popular dikalangan ramai pengguna dalam memudahkan membuat pembaharuan lesen dan sebagainya. Terkini, mereka turut bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor untuk membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat fitrah melalui aplikasi mudah-alih Android MyEG.

Memandangkan MyEG bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor, maka perkhidmatan ini mungkin hanya terhad kepada penduduk di Selangor sahaja. Semakan kasar kami mendapati hukum membayar zakat fitrah melalui internet adalah Harus.

MyEG

Melalui aplikasi MyEG, pengguna boleh terus memilih pilihan untuk membayar “Zakat Fitrah”, dan seterusnya memilih bayaran untuk berapa ramai orang, dan seterusnya melakukan pembayaran.

Selain daripada bayaran zakat, aplikasi MyEG juga turut menyediakan kemudahan untuk membayar saman JPJ, memperbaharui cukai jalan, dan memperbaharui lesen memandu.

Muat-Turun MyEG untuk Android

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com