TechSemut Malaysia

MYNIC Membuka Pendaftaran Sebagai Penyumbang Kreatif Untuk KreatifMarket

MYNIC Membuka Pendaftaran Sebagai Penyumbang Kreatif Untuk KreatifMarket

MYNIC Membuka Pendaftaran Sebagai Penyumbang Kreatif Untuk KreatifMarket
Mei 04
22:44 2017

MYNIC merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam pembangunan web. Ini kerana, mereka merupakan agensi yang mengawal pendaftaran nama domain di Malaysia, iaitu nama domain yang berakhir dengan .MY.

Kini, selain daripada hanya menjual nama domain, MYNIC juga dilihat melihat kepada beberapa projek pembangunan komuniti. Bagi anda yang mengikuti perkembangan mereka, mungkin sedia mengetahui yang mana mereka sedang membangunkan sebuah laman baru dinamakan KreatifMarket.

KreatifMarket

Info penuh mengenai KreatifMarket masih samar-samar buat masa ini. Tetapi, ia dilihat berkemungkinan akan menghubungkan perekabentuk grafik, multimedia dan dalam bidang kreatif bersama kepada pembeli dan pengguna. Sebagai contoh, perekabentuk boleh menjual karya mereka, dan menjana wang melaluinya – ala-ala seperti penawaran Envato pada peringkat global.

Laman berkenaan masih belum dilancarkan buat masa ini. Tetapi, kini MYNIC dilihat semakin menghampiri pelancarannya. Mereka kini telah membuka pendaftaran penyumbang kreatif untuk menggunakan platform KreatifMarket, selain pengguna turut boleh mendaftarkan minat untuk mengetahui bilakah laman berkenaan akan dilancarkan.

Sekiranya anda merupakan salah seorang yang terlibat dalam arena kreatif, mungkin boleh menyemak dan mendaftarkan minat anda untuk menyertai komuniti baru yang sedang dibangunkan MYNIC berkenaan.

Layari : KreatifMarket

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com