Untuk memastikan vaksin Covid-19 berfungsi dengan sepenuhnya, setiap individu perlu mendapatkan dua dos yang diberikan selepas beberapa minggu. Di beberapa negara yang telah memulakan proses vaksinasi, kad peringatan diberikan kepada penerima vaksin dos pertama. Di Malaysia, kerajaan akan memberikan peringatan menerusi aplikasi MySejahtera.

Aplikasi akan mengingatkan penerima dos pertama untuk mengambil dos kedua dalam masa dua bulan. Ini disahkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam laporan Sinar Harian semalam. Setakat ini MySejahtera telah dimuat turun lebih 24 juta kali dan turut akan menjadi aplikasi yang akan memaparkan maklumat mengenai lokasi mendapatkan vaksinasi kelak.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan dimulakan penghujung bulan ini 500,000 petugas barisan hadapan akan menerimanya terlebih dahulu.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.