Nacon Memperkenalkan Alat Kawalan Baharu Untuk Xbox Series Dan Android

Nacon nampaknya bekerja keras untuk memperkenalkan aksesori mereka didalam industri permainan video dan kini mereka adalah salah satu rakan rasmi untuk Microsoft. Nacon memperkenalkan alat kawalan baharu mereka untuk konsol baharu, Xbox Series X/S dan juga untuk mudah alih melalui fungsi Android Cloud Gaming App.

Alat kawalan yang diperkenalkan adalah Revolution X dan Pro Compact.

Revolution X adalah alat kawalan yang lebih premium dengan reka bentuk kawalan yang lebih besar untuk selesa dipegang semasa sesi permainan video yang lama.

Manakala untuk Pro Compact, ianya lebih kepada reka bentuk yang minimalis dan sesuai untuk pemain yang kasual dengan rekaannya saiznya yang lebih kecil.

Kedua-dua alat kawalan ini didatangkan dengan butang kongsi Xbox baharu.

Mereka juga mengumum alat kawalan khas untuk mudah alih Android melalui Xbox Cloud Gaming. MG-X Series, sebuah alat kawalan yang boleh diubah mengikut saiz telefon dan mempunyai kebolehan untuk permainan sehingga 20 jam. Input alat kawalan ini adalah dihubungkan melalui Bluetooth.

Kesemua alat kawalan ini bakal berada dipasaran pada awal tahun 2021.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*