Nama Televisyen OnePlus Adalah OnePlus TV – Akan Dilancarkan Pada September Ini

Sejak tahun lepas lagi OnePlus telah merancang untuk hadir dengan sebuah televisyen tersendiri. Hanya tahun ini kita lihat beberapa kemaskini akan perkembangan produk televisyen mereka ini. Kita sudah tahu yang televisyen OnePlus ini akan mempunyai alat kawalan Bluetooth dan mungkin akan menjalankan sistem operasi Android.

Kini ketibaan televisyen tersendiri OnePlus semakin hampir. Baru sahaja tadi OnePlus telah memperlihatkan logo rasmi dan nama buat televisyen mereka. Ia diberi nama OnePlus TV dan OnePlus turut kongsi makna di sebalik logo mereka.

Nama OnePlus TV ini datangnya daripada slogan OnePlus itu sendiri, ‘Never Settle‘. Disebabkan agak sukar bagi mereka untuk memberi nama yang lebih kreatif dan dengan semangat tanpa bebanan – nama OnePlus TV diberikan. Namanya itu sendiri secara langsung memberi makna jelas.

Untuk logo OnePlus TV ini pula, mereka membuat keputusan untuk menghasilkan logo yang ringkas. Rekaannya juga menggunakan susu atur geometri dan berasaskan hasil seni klasik seperti simbol Hindu (Mandala) dan seni rekaan pada zaman kuil Yunani purba (Heraion of Argos).

Televisyen ini hanya akan dilancarkan sekitar bulan September kelak. Menurut sumber, akan terdapat beberapa variasi televisyen seperti khusus untuk pasaran India dan ada juga yang khusus untuk pasaran China dan Amerika Syarikat. Salah satu televisyen mereka juga akan menggunakan skrin OLED. Untuk maklumat lebih lanjut, mari sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.