NASA bawa Hololens ke ruang angkasa

Anda sudah mengetahui mengenai Hololens? Ianya adalah satu projek yang dibangunkan oleh Microsoft, tapi dalam diam sebenarnya projek ini telah lama berkait rapat dengan NASA sebelum lagi ianya dirasmikan pada umum. Pada minggu ini NASA telah bersedia untuk menhantar beberapa unit Hololens ke ruang angkasa.

Projek Sidekick adalah kod nama bagi projek ini, Hololens akan menjadi salah satu item daripada plan bekalan semula di International Space Station (ISS). Angkasawan akan menggunakan Hololens dengan pelbagai cara termasuk “Remote Expert Mode” di mana pengemudi dari darat dapat melihat apa yang terjadi di ISS melalui Skype secara lansung. Pengemudi tersebut juga boleh melakar atau menulis nota pada sudut pandangan angkasawan yang memakai Hololens ianya juga merupakan satu jenis bantuan kepada angkasawan tersebut.

Projek Sidekick ini tidak akan terus menjadi rutin dalam misi NASA di ISS, namun perkakasan dan perisian Hololens akan di uji supaya dapat digunakan oleh NASA pada misi yang akan datang. Munkin juga satu masa akan datang, kita sendiri boleh melihat suasana di ISS dengan menggunakan kit Hololens dan Skype.