Berita Menarik

NASA Temui Bintang Yang Mempunyai Sistem Planet Bersaiz Bumi Terbanyak

Pembaca : 12
0 0

NASA Temui Bintang Yang Mempunyai Sistem Planet Bersaiz Bumi Terbanyak – MajalahSains

NASA melalui teleskop Spitzer telah menemui sistem solar baru yang mempunyai tujuh planet bersaiz bumi yang mengorbitnya. Tiga daripada tujuh planet tersebut berada di dalam zon boleh didiami. Bintang yang dinamakan TRAPPIST-1 ,iaitu singkatan bagi Transiting Plantes and Planetesimal Small Telescope (TRAPPIST) terletak di Chile.
Pada bulan Mei 2016, saintis menggunakan TRAPPIST telah memaklumkan bahawa mereka telah menemui tiga planet di dalam sistem tersebut. Tetapi dengan bantuan beberapa teleskop, telah mengesahkan dua daripada planet tersebut dan juga menemui lagi lima planet lain. Ini telah meningkatkan jumlah planet di sistem tersebut kepada tujuh. Orbit ketujuh-tujuh planet ini lebih kecil dari orbit planet planet Utarid yang mengelilingi Matahari.
Oleh kerana jarak planet-planet ini antara satu sama lain amatlah dekat, jika seseorang yang berdiri di permukaan salah satu planet tersebut, memandang ke langit, dengan mata kasar beliau akan dapat melihat bentuk dan ciri geografi planet yang berhampiran.
Sistem TRAPPIST-1 ini terletak di buruj Aquarius terletak lebih kurang 40 tahun cahaya daripada bumi (378 trillion km). Bintang TRAPPIST-1 ini berjenis kerdil putih dengan suhu yang rendah.  Sebagai perbandingan, jika Matahari bersaiz bola keranjang, maka bintang TRAPPIST-1 ini bersaiz bola golf. TRAPPIST-1 hanya besar sedikit daripada Jupiter.
FotoSpace.com
Sumber – https://www.nasa.gov/press-release/nasa-telescope-reveals-largest-batch-of-earth-size-habitable-zone-planets-around


Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.