TechSemut Malaysia

Netflix Bakal Menambah Kandungan Dari Malaysia

Netflix Bakal Menambah Kandungan Dari Malaysia

Netflix Bakal Menambah Kandungan Dari Malaysia
Ogos 12
06:22 2017

Netflix sebagai yang kita tahu tidak pernah berhenti berkembang. Sejak mula memasuki Malaysia, Netflix telah menjadi satu saingan kepada industri penyiaran. iflix adalah satu manifestasi kejayaan Netflix ini, di mana ia menjadi ‘Netflix Versi Malaysia‘ yang terbaik setakat ini.


Tetapi Netflix tidak terhenti setakat mengembangkan sayapnya di Malaysia. Terkini, mereka mula menambah ke dalam katalog penstriman mereka akan kandungan-kandungan dari Malaysia. Nampaknya, iflix sudah perlu meningkat gandakan usaha mereka dalam menandingi Netflix. Saingan kini sudah semakin sengit dan hangat.


Setakat ini, Netflix telah menambah lima siri dan filem dari Malaysia, yang telah disediakan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd.


Antara yang bakal ditayangkan ialah sebuah filem bertajuk Sejoli: Misi Mencantas Cinta, yang dibintangi oleh Maya Karin dan Bront Palarae. Terdapat juga siri drama Cina bertajuk ‘Persona’, bakal tersedia untuk distrim pada 14 Ogos, dan filem ‘KL Zombi’, serta ‘Rembat’. Antara drama yang akan dimasukkan juga ke dalam katalog ialah ‘Hati Perempuan’, yang akan dirilis pada 21 Ogos.

Buat anda yang masih belum melanggan tu, apa kata anda cuba hari ini. Pasti anda tidak akan menyesal kerana anda akan dapat mengikuti siri kegemaran anda paling ‘kurang’ pun dalam definisi tinggi (HD)!

sumber artikel : omghackers.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com