Pada waktu ini Netflix menawarkan tiga pelan langganan kepada pengguna. Pelan Premium adalah yang paling mahal dengan sokongan kandungan 4K dan penstriman kepada empat skrin serentak.Menurut laporan Tuto Android, Netflix bakal menghadkan jumlah ini kepada hanya dua peranti selepas memperkenalkan pelan Ultra baharu di Itali.

Hanya pelan Ultra membenarkan penstriman ke empat peranti serentak dengan bayaran bulanan Euro 16.99 (~RM 80). Bayaran bulanan Premium dikekalkan tetapi seperti yang kami katakan tadi penstriman dihadkan kepada dua peranti sahaja. Buat masa ini hanya pengguna di Itali ditawarkan pelan ini.

Pihak Netflix telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka sentiasa mencuba pelan baru bagi melihat maklum balas dari pelanggan. Berdasarkan reaksi negatif dari pengguna di Itali, kami berharap Netflix tidak akan meneruskan rancangan untuk memperkenalkan pelan Ultra ini di Malaysia.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.