TechSemut Malaysia

Netflix Memperlihatkan Syarikat Telekomunikasi Berdasarkan Kelajuan – TIME Mendahului Lain

Netflix Memperlihatkan Syarikat Telekomunikasi Berdasarkan Kelajuan – TIME Mendahului Lain

Netflix Memperlihatkan Syarikat Telekomunikasi Berdasarkan Kelajuan – TIME Mendahului Lain
Mei 11
17:35 2017

Tidak lama sebelum ini, kita telah melihat YouTube mempertontonkan kedudukan syarikat telekomunikasi mudah-alih berdasarkan data penstriman video di YouTube. Kini, selain YouTube, pihak Netflix turut memperlihatkan data berkaitan dengan kelajuan jalur-lebar talian tetap di Malaysia berdasarkan kepada kelajuan digunakan untuk mengakses perkhidmatan penstriman video berkenaan.

Netflix mengumpulkan data kelajuan penyedia perkhidmatan internet ini berdasarkan kepada penggunaan puncak Netflix, dan bukannya untuk talian berkenaan secara keseluruhan.

Netflix April 2017

Daripada data yang hadir, Netflix mengambil kira tiga talian tetap di Malaysia, iaitu TIME, Maxis dan juga Telekom Malaysia. Secara kasar, perbezaan antara ketiga-tiganya adalah tidak jauh beza dari segi kelajuan, dan semuanya memperlihatkan kelajuan yang melebihi 3Mbps.

TIME mendahului yang lain dengan kelajuan mengakses Netflix pada kadar 3.86Mbps, sama seperti bulan lepas. Maxis pula memperlihatkan peningkatan, dimana pada April 2017 lepas, purata kelajuan mengakses Netflix adalah 3.5Mbps, meningkat sedikit berbanding sebelumnya, 3.42Mbps.

Untuk Telekom Malaysia pula, kelajuan mengakses adalah 3.05Mbps, sedikit menurun berbanding sebelumnya iaitu 3.23Mbps.

Netflix April 2017

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Netflix, apakah rangkaian yang digunakan anda ketika menstrim video? Apakah anda berpuas hati dengan penawaran syarikat telekomunikasi tempatan ketika menstrim rancangan TV atau filem melalui Netflix?

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com