Netflix Menawarkan Pelan Mudah Alih Di Indonesia Yang Lebih Murah Berbanding Malaysia

Dua bulan yang lalu, Malaysia menjadi negara kedua Netflix melancarkan pelan khusus untuk peranti mudah alih. Kini Indonesia menjadi negara ketiga di dalam kumpulan yang kecil yang menerima pakej langganan yang sama. Di negara jiran ini, pelan ini ditawarkan pada harga Rp 49,000 sebulan (~RM14.52).

Ini adalah lebih murah berbanding langganan RM17 sebulan yang ditawarkan di Malaysia. Pelan hanya untuk peranti mudah alih ini hanya ditawarkan di negara yang mempunyai jumlah pengguna telefon pintar yang lebih tinggi berbanding di televisyen. Pengguna di Asia dilihat lebih gemar menonton pada peranti mudah alih kerana ia yang paling mudah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.